Entry About Linkies Follow


Buku Tamu


Gembira ? Sedih ?
Friday 15 March 2024 | 09:58 | 0 Komen Anda

 



    Kejap je masa berlalu . Tak sangka da sebulan lebih aku gugur . Rasa takut dalam gembira tu kejap je Allah bagi rasa . Takut bukan bermakna aku tak suka dan taknak Tapi takut , kami tak mampu berlaku adil dan tak mampu mengawal emosi dalam menjadi ibu bapa untuk anak selain adanya faris .

Aku masa tahu tu , aku da ketawa gembiraa . Aku ingat video yang aku record bagitau suami, "aku mengandung tu" . Aku nak buat video bila anak aku ni lahir sekali dengan gambar dia . Tapi apakan daya , aku hanya mampu simpan ia sebagai kenangan terindah .

Rasa sakit sedih sama macam aku gugur pertama kali sebelum adanya faris . Cuma kali ni ada penawar sakit dan menguat aku , iaitu faris . Kalau nampak baby ke tahu orang ini org itu nak bersalin . Aku mula rasa lain . Tapi aku cepat kembali ke dunia nyata . Tak terlalu larut dengan kesedihan .

Aku da buka buku pink da . Kalau ikutkan kandungan aku masih awal (5week) dan scan pada permulaan pun hanya nampak kantung saja . Ikutkan aku perlu ke klinik lagi 2 minggu untuk aku scan semula . Tapi Allah berkehendak lain , dalam berapa hari selepas aku buka buku . Ada lendir line warna coklat dijari . Tak panjang sgt . Aku ? cepat2 call klinik tanya apa perlu aku buat . Dan nurse diklinik menyuruh kami ke hospital .

Dipendekkan cerita masa dihospital . Doktor scan tapi didapati takda kantung pun dalam rahim aku . Pelik tapi benar ye . Aku tanya dekat doktor , " tapi kenapa dekat klinik nampak kantung?" . Doktor hospital kata " mungkin doktor tu trscan ovary aku yng disangkakan kantung" . Aku pun macam iya tak iya la eh . Sebab macam pelik la , takkan doktor boleh trsalah scan . ( doktor pun manusia juga kan ) . Doktor hospital cadangankan amik darah hcg utk pastikan aku tak mengandung luar rahim . Diberi masa 2 hari .

Jadi pada 10.2 dalam kira2 pukul 10 lebih mcm tu . Terkeluar la gumpalan darah (bkn darah semata) . Aku tak pergi hospital terus , aku pergi ke esokkannya . Dan didapati mmg kantung . Dan aku sepenuhnya gugur . 

Umm kalau masih ada , due aku bulan 9 tahun ni juga . Kalau tak faris da jadi abang da . Hihi . Takpa la . In sha allah aku merasa juga lg . Hihi . Andai masih ada pun , faris tetap cinta pertama umibaba dia  sampai bila2 . ❤️ 


Upt masa tahu mengandung . 3 kali weh test sebenarnya . (lain2 upt) Tapi tak dan nak amik gambar semua2 skali . hahaha . Da confirm mengandung baru bgtau berita tu dekat orang lain .  (patut rasa lain je bila bagitau berita ni dekat orang lain , rasa mcm cepat sgt bagitau ) .



Hospital confirm gugur 11.2.2024





Older Post