12 Tanda Lelaki Itu Suka Kita
Sunday, 30 March 2014 | 21:33 | 0 Komen Anda
Haii , bila da sambung stdy ni memang agak bizi sesampai nak update blog pun tak kesampaian . Ni bila ada masa pun tapi idea nak menaip tu tade , senang cerita fikiran siti kosong sangat . Da alang-alang on blog , pstu tade idea .. Siti pun copy jela tanda-2 lelaki itu suka kat kita . So siti da jujur yang kat bawah ni copy paste orang punya jee . HAHA . So baca laa sampai lembab ae ? kbye
1. Memerhati Dalam Diam.
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam
diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan
sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua
perkara, iaitu samaada dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan
ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.
2. Mula
Menegur.
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila
seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa
sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda
mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja
atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun
awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti
hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila
hati sakit, macam-macam boleh terjadi.
3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya bila anda meminati seseorang, anda akan sentiasa
cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja dia pergi.
Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya
berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika
didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus
berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda
berhati-hati dalam menangani hal ini.
4. Mengajak Keluar.
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang.
Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan
lebih rapat lagi. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar
cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk
boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar
ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju
mengikutnya balik ke rumah.
5. Sering Menelefon.
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita
ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor
telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup
dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.
6. Dia akan panik jika anda terluka
Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang
yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka
anda.
Dia sentiasa mengutamakan anda
Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia
untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong
anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh –
sungguh dan dia juga akan pastikan
perkara tersebut diselesaikan dengan segera.
Dia ambil masa untuk bertentangan
mata dengan anda
Lelaki itu ternyata suka akan anda jika dia mengambil masa
untuk bertentangan mata dengan anda. ini kerana dia rasa berdebar – debar untuk
menatap wajah wanita yang dia suka.
Dia dapat tangkap isi hati anda
Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda
fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang
anda ada ketika itu. Dia sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan
gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.
Dia tahu banyak hal mengenai anda
Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya
perkara yang di sukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut.
Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya
suka pada anda.
Dia merenung anda ketika anda
tidak melihatnya
Lelaki yang suka akan anda, dia akan renung anda ketika anda
tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat
anda.
Memilih Untuk Berkahwin.
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda
tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu
hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin.
Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah
atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk
semua pihak.