Entry About Linkies Follow


Buku Tamu


Tanda-tanda Si Dia Bosan Dengan Kita
Monday, 7 July 2014 | 07:44 | 0 Komen Anda





Setiap manusia mengharapkan kebahagian yang tak mampu dibayangkan dengan kata-kata . Tetapi kita semua adalah sama , sama memburu kebahagian itu . Sayang , cinta dan suka adalah perasaan yang juga mampu mengembirakan kita tapi disaat perasaan gembira itu baru sahaja kamu rasai , sesorang yang kamu sayang , cinta dan suka itu berubah dengan sekelip mata . Tanpa sebarang sebab yang kamu tahu dan akhirnya kamu tahu sebab dea dah bosan dengan kamu . Serius hati tu kecewa dek macam kaca yang jatuh #berkecai !! So jum tengok tanda2 sidia yang kamu sayang tu , berubah sebab apa . 



Tiba- Tiba Sangat Sibuk

Tidak ada angin, tidak ada hujan, tiba -tiba saja dia jadi sibuk. Padahal kalau dilihat – lihat, tidak ada yang berubah dari rutin hariannya. Bahkan menurut teman- temannya, jadual kuliah atau mungkin kerjaan pejabatnya biasa saja, tidak ada projek atau kegiatan tambahan yang boleh membuatnya sibuk. Tetapi kebelakangan ini si dia makin sibuk. Hurm, pelik!

Makin Jarang BBM/WhatsApp/Line/Wechat/Facebook/Kakaotalk/Viber

Dia makin jarang menghubungi anda atau sekadar menanyakan khabar hari ini. Dia seolah tidak punya masa lima minit saja untuk menghubungi anda via BBM, WhatsApp atau jalur komunikasi lain.

Lebih Peduli Dengan Smartphonenya

Apabila anda makan berdua atau jalan dengannya, dia lebih sibuk dengan telefon pintar atau iPadnya berbanding bertanya khabar akan perihal harian anda. Bila anda bertanyakan sesuatu si dia hanya akan menjawab singkat. Paling teruk seolah kehadiran anda tidak ada ertinya buat anda.

Banyak Habiskan Masa Bersama Teman-Temannya

Akhir- akhir ini si dia lebih banyak berkumpul ataupun habiskan masa dengan temannya. Apabila anda meminta ditemani ke suatu tempat, si dia lebih memilih berkumpul dengan teman- temannya.

Sering Beri Banyak Alasan

Ketika anda tanyakan kenapa akhir- akhir ini dia sibuk dan sepertinya melupakan anda, dia akan mengeluarkan banyak alasan. Bahkan lagi teruk dia menyalahkan anda kerana menuduhnya bukan-bukan. Jika sudah begini jadinya, nampaknya si dia mungkin sudah bosan dengan anda.

Tidak Peduli Dengan Kehidupan Anda

Selepas anda bertanya mengapa dia menjauh, dia sama sekali tidak menunjukkan perubahan. Bahkan dia semakin tidak peduli dengan kehidupan anda. Dia tidak lagi peduli tentang diri anda, anda keluar dengan siapa ataupun perasaan anda.

Tidak Menunaikan Janji 

Tidak menunaikan janji yang si dia lafas dekat kita pun salah satu , tanda-tanda yang dia sudah bosan dengan kita . Kekadang baginya janji yang dia lafas dekat kita tu hanyalah pekara biasa , tak penting . Malahan kita gaduh pasal janji pun , dia cakap janji tu tak masuk akal . 


--> Jika sudah begini, masih ada masa untuk memperbaiki hubungan. Kebosanan biasanya muncul kerana salah satu pihak merasa diabaikan. Perkuat lagi hubungan anda jika masih boleh dipertahankan . Tapi tak semua yang di atas adalah tanda-tanda yang betul . Setiap hubungan pasti akan merasakan semua perasaan #sayang,suka,gembira dan kecewa .Kita pasti akan lalui semua itu untuk merasai kebahagian . Kebahagian itu perlu dijalani ujian dahulu . Yang pasti kita yakin dengan takdir allah , kerana allah adalah segalahnya  :)




Older Post | Newer Post