Status Baru
Thursday, 30 January 2020 | 23:23 | 0 Komen Anda
Sekian lama sunyi sepi , kini kembali dengan status yang baru dan pengalaman yang baru . Kadang macam tak percaya dan rasa ni semua bagaikan sebuah mimpi 😅 Tapi lama betul aku tidur eh ? Haha ..
Alhmdulilah . 30/6/2018 Sabtu , pada tarikh dan hari tu . Aku sah jadi tunangan sesorang . Yang aku sendiri memang impikan sejak dari aku kecik lagi . 🤣 Haha * Yela da tengok org tunang kahwin apa semua , terasa lah nak juga . Walaupun umur budak2 lagi waktu tu *
Tak sangka , beribu kali tak sangka aku da tukar status 😂 Well , bukan mudah nak jd tunang org . Banyak ujian sana sini . Tapi Alhmdulilah . Semua nya berjalan seperti yang dirancang . 😁
14.06.2019 Jumaat . Aku pilih tarikh ni sebab suami aku bukan orang yang senang nak ingat tarikh2 ni dann sebab aku tak pilih masa birthday aku , disebabkan ? .... Masa birthday aku tu puasa daaa 😌 Jadi nak taknak , aku pilih lah birthday suami aku . Iyaa , 14.06 tu birthday Muhammad Danial Harris Bin Azizi aka Suami 😆
Jadi itulah nama dia 😚 Panjang kan ? kalah nama aku . Sebaik lah yang akad nikah tu dia bukan aku 😂 ahhaha . Alhmdulilah pada tarikh tu , waktu pkul 5 lebih kod . Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada MUHAMMAD DANIAL HARRIS BIN AZIZI 💘 .
Sesi petang adalah Nikah . Malam pula Malam Berinai . Aku ingat lagi , masa birthday suami aku kali ni . Aku diam sepi takda pun nak wish ke apa . Sebaik lah dia cool je , kalau aku dia lambat wish berapa minit pun aku da tintong 🤣 Hahaha . Aku buat2 lupa bukan sebab suka2 . Tapi sebab ada kejutan saat tu 😂 Aku da sepakat dengan keluarga termsuk lah Dj dan keluarga mentua pun tahu sekali . Tengah syok amik gambar apa semua . Tetiba2 lagu senyap .., tak lama lepas tu ada musik dan lagu happy birthday . Masa tulah danish *adik ipar sama umur* keluar dari celah2 org ramai bawa kek . Saat tulah aku pergi tepi telinga suami ucap happy birthdayy 😘 . Nak tahu apa reaksi suami aku masatu ? Dia menangis 🤗 Tak sangka kejutan yang biasa2 tu boleh buat dia terharu macam tu . Aku harap dia akan ingat sampai la ketua nanti peristiwa tu 😉
Sebenarnya dari tunang fikir nak buat mcm tu . Tapi macam tak syok pula sebab yelaa , masa tunang tu tarikh da tak kena . Masa tunang tu pun kelakar kalau di ingat . Boleh pula aku beli baju size kecik *konon hadiah* . Akhirnya baju tu aku yang pakai sekarang . Hahahhahaha Malam pada hari tunang tu juga . Aku , suami , aina dan kimi afiq prgi tengok wayang . Alkisahnya nak claim ticket wayang free je yang aina punya . Tapi disebabkan boleh claim hanya pada bulan Jun tu je . Sebab besok tu da masuk bulan 7 da . Jadi nak tak nak , tengok la wayang masa tu juga . Suami pun teman skali . Tengok cerita kartun tapi lupa tajuk apa . Yang pasti family cartoon tu semua ada kuasa .
Okay lah . Takat ni je cerita . Nanti cerita pengalaman jadi isteri pula 😚 Ni pun da pendekkan cerita . Kalau tak panjang sangat . Atleast ada la backup utk kenangan , kod2 nanti terlupa . 😊 Bye