Macam Macam
Tuesday, 3 March 2020 | 08:35 | 0 Komen Anda
Sebenarnya nak cerita terus pasal majlis bertandang . Tapi disebabkan akan rasa tergantung , kita cuba utk cerita penuh .
Lepas abis je majlis dekat melaka . Suami hanya ada cuti berapa hari sahaja . Jd dengan cuti tu , kami hanya duduk rumah dan tidur semalam dekat rumah ibu melaka . Lepas je dari tu , mula la sesi menangis 😂 . Masa tu nak period , jd emosi memang agak terganggu la .
Sedangkan kalau tak period pun . Memang akan sedih bila nak tinggalkan keluarga 😅 . Kadang pelik dengan diri sendri . Dulu punyalah suka pergi kem apa semua . Ni boleh menangis 😂 hahahah .
Mungkin nampak mengada . Takpa , sebab aku pun takdapat nak terangkan kenapa aku macam tu . Huhu . Jadi tak mustahil , setiap kali balik Kl . Bila nampak rumah melaka makin jauh dr pandangan aku akan mula mengalirkan air mata . Masa tu mula la suami aku duk pujuk . Dengan ayat yang sama * Bukan syg tak dapat balik melaka lagi atau nanti kita balik lagi ye , abg janji * Haa lebih kurang mcm tu 🤣 . Tapi aku makin banyak air mata yang mengalir ada lah . Huhu
Cukup cerita part tu . Sebab aku sendri pun taktau , sampai bila jadi macam tu . Hee .
Um Honeymoon ? Kami pergi tapi bukan berdua . Pergi bersama suku dr keluarga belah suami . Meriah tu , alhmdulilah . Semestinya nak diceritakan yang best2 kan ? Pergi Pulau Pinang . Dekat sana banyak sangat aktiviti yang memang keluarga suami da plan . Dari yang aku tak pernah buat sampai la yang aku pernah buat . Kalau nak diceritakan satu persatu . Macam lambat je nak abis 😅 Hari terakhir kat sana , aku beli jeruk pak ali . Untuk dibawa balik ke melaka .
Rasanya bulan 7 da masa tu . Kami balik melaka untuk hantar jeruk . Masa dekat melaka memang asyik borak2 je . Sampailah ada satu soalan , da ada isi ke tu ? Akak sepupu yang tanya . *Maksudnya da mengandung ke* . Masa tu memang aku belum datang lagi period untuk bulan 7 . Kira mamang da lepas dari tarikh yang sepatutnya . Aku hanya membalas taktahu dengan bagitau period pun tak dtg bulan ni . Dorang tanya da check upt . Aku cakap belum . Masa tu memang belum pun .
Kira besok nya tu . Aku buat upt test dengan harapan kalau ada memang nak bagitau berita gembira tu terus . Sebab aku beli upt tu pun senyap2 tanpa suami aku tahu . Jadi bila da buat , tunggu punya tunggu . Masa tu belum ada lagi rezeki buat kami . Sedikit hampa tapi takpa la . Mungkin ada rezeki nanti . Lama juga baru bagitau suami aku buat test upt tu . 😅 Suami aku geram je dengan aku 😅 Terus dia cakap lepas ni kalau nak buat kena dengan dia .
Jadi lepas je semua , kami balik melaka . Sebab cuti suami pun da habis kan . 😊