Entry About Linkies Follow


Buku Tamu


Kenangan Suka Duka 2
Wednesday, 30 September 2020 | 00:17 | 0 Komen Anda

Sambungan kemarin ...

Bila tahu berita yang tak gembira tu. Tipu lah, aku tak down. Sampai sanggup taknak bagitau Keluarga kat melaka. Sebab aku taknak dorang kecewa. Tapi akak sepupu aku juga yang bocorkan rahsia bagitau ayah. Agaknya ayah tahu masa tu dia terus call aku. Aku masa tu memang nak menangis bila ayah cakap * kenapalah tak bagitau ayah? Takut ayah marah ke? Ayah tak kisah pun, tu kan rezeki. Sedih sampai macam tak ada suara nak keluar untuk berbicara. Umm Tapi aku gagahkan juga sebab masa tu dalam kereta. Ada mak mentua dan suami aku. Mak memang tak cakap apa2 pasal aku gugur tu. Cumanya nenek belah ayah, sampai menangis dia. Aku pula serba salah 😔 emm

Jadi dalam beberapa minggu tu, aku memang berdrama saja, dan yang jd mangsa suami aku 😅 Dia lah manusia yang penyabar layan karenah aku. Memang sangat2 ​​down. Kalau orang tanya je pasal mengandung, aku akan terus bad mood. Atau terus tak layan pun soalan diaorg tu. Banyak group2 yang aku masuk. Konon2 nak belajar untuk dapat rezeki mengandung lagi sekali. Buat opk 😂 Sampaikan suami cakap aku taksub dengan benda tu. Hahahhaha Akhirnya aku berhenti dari buat. 
"ini lah gambar opk yang aku taksub sangat tu 😂. ps: sapa yg guna  ,tahu la cara guna opk ni kan"

Masa majlis bertandang kat sana. Memang agak sedih juga. Sebab yela, masa mengandung tu. Aku dan suami suka sangat. Konon2 majlis tu untuk dua dalam satu. Yela, majlis kahwin dan majlis kesyukuran sebab mengandung. Tapi apakan daya, rancangan allah tu sangat teratur. emm. Masa majlis kat sana aku period. Betul2 masa majlis . Masa majlis kat kl , okay dari makanan solek pelamin dan fotografer. Alhmdulilah. 😇

Masuk je bulan 10. Aku buat macam biasa je. Kadang2 rasa down tu memang tak pernah hilang. Aku masih lagi buat test opk tapi takda la terlampau sangat macam sebelum2 tu .Kalau rasa nak buat, baru aku celup opk tu 😊
Dan aku pun ada sifat harapan. Agar setiap tarikh tempoh aku tu nak hampir tiba. Aku doa agar aku tak period. Biarlah ada rezeki buat aku dan suami. 4/10/19 & 6/10/19 & 9/10/19 Aku celup upt seblum berapa hari tarikh period aku tu. Sebab nak membuktikan yang masa tu aku memang mengandung. Bukan upt tu rosak atau sebab hormon aku. Dan ye, upt tu satu baris. Jadi bila aku da buat upt tu masa nak dkat2 period akan datang , didapati 1 line . Aaku memang mengandung masa tu. 😇 Sedih campur gembira la juga bila dapat bukti tu sendiri. 24/10/19 Aku buat upt selang2 ikut mood aku. sampai la tarikh yang sepatutnya aku period * Aku lupa bila masa period tu 😅.

"ni lah antara gambar yang tersimpan . Satu line 😌"

Tipu lah , kalau setiap kali buat upt line satu je keluar aku tak sedih , tak down . Hanya allah dan suami je tahu aku macam mana . Walaupun setiap kali aku buat test tu  , aku tak bagitau suami . Hanya akan aku bagitau lepas aku da buat 😂

Dalam berapa hari juga aku tak sihat , demam selsema . Jadi aku memang keluar bilik pun bila ada benda nak buat . Kebanyakkannya aku tidur dan rehat je . "Ini lah sebab aku bagitau kenapa pada entry sebelum ni. Sebab memang sama sgt dengan yang sebelum 🙃" 29/10/19 Selang berapa hari ,  aku buat lagi upt . Tanpa disangka2 .. Alhmdulilah 😭 Naik dua line  . Memang terharu sangattt . Aku tak bagitau suami terus tapi aku terus contct mak mentua aku . Untuk minta tolong bawa aku pergi klinik . *nak pergi awal sebab taknak jadi macam sebelum ni*  Kami pergi klinik swasta , Doktor tu hanya check plastik upt tu . Takut da abis tarikh ke kan . Alhmdulilah masih belum . Dan terus doktor tu check kat kelender dia . Dan dia bagitau aku mengandung da 5week masa tu . Allah 🤓 sedih dlam gembira . 

Balik rumah , aku memang nak bagi suami aku kejutan . Konon nak beli stokin baby tapi tak keluar pergi tempat tu pula . Jadi aku hanya cari kat google ss dan crop bagi kat ws . Masa dia betul2 da baring2 kat katil . Aku send chat tu 😁 Dan aku suruh dia buka ws .

Masa tu suami blurr . Kenapa aku bagi gambar stokin baby 🤣 hahaha . Aku gelak2 je . Last2 dia cakap aku mengandung ke ? Aku angguk tapi boleh pula dia tanya aku banyak kali . Siap suruh aku bersumpah dengan nama allah lagi . hahahhaha 🤣 Comel je suami aku ni . Akhirnya aku cakap macam apa dia suruh dan bagi dia upt yang aku buat tu dekat dia . Aku siap jujur , tadi keluar dgn mama pergi klinik sebab nak sahkan aku mengandung . Masa tu barulah dia terus peluk aku . Mengalir air mata dia sikit 😘 . 

Dan selepas peristiwa tu , aku masih lagi buat upt test 1/11 & 4/11 & 6/11 dan 12/11/2019. Alhmdulilah ia makin lama makin pekat . Dan aku buat buku pink pun awal sebab ada kes gugur kan . 😊

Dari upt yang banyak sampai la tinggal satu . Aku memang takut sangat jadi lagi sekali , walaupun aku da buka buku pink . Tu sebab aku buat test upt banyak kali . "adakah korg pun akan jd mcm aku ? atau hanya aku yang terlampau trauma ?"
"inilah gambar yang berjaya disnap . See .. banyak kan ? haha 🤣🤭"









Older Post | Newer Post