Entry About Linkies Follow


Buku Tamu


Kenangan Suka Duka 3
Wednesday, 30 September 2020 | 02:20 | 0 Komen Anda

 





Masa tengah nak buka BUKU PINK  , macam2 soalan yang diajukan dekat aku . Segala maklumat aku dan juga suami . Agak lama juga sesi buka buku pink ni rupanya . huhu πŸ˜†

Bukan tu je , dekat badan pun di check juga . Tapi aku relakan je . Yela da memang prosedur nak buka buku pink untuk pertama kali kan . Perasaan pertama kali scan , tersangat la tak sabar nak melihat si buah hati yang ditunggu2 ni . Bukan aku je , suami pun sama . Tapi pada hari tu , baby masih lagi tengah main sorok2 dgn umi baba. πŸ˜‡

Jadi doktor dekat klinik tu bagi tarikh yang akan datang utk scan lagi sekali . Dan bila tiba je setiap kali tarikh checkup , scan masih juga tak nampak . "mybe 3 kali scan utk tarikh lain2".
Bila setiap kali scan tak nampak pun baby . 
doktor buat kesimpulan mungkin aku mengandung luar rahim😒 . Jadi doktor suh aku dengan suami refer Hospital untuk scan dari bawah .Masa tu hanya Allah je tahu . Lepas je keluar dari klinik , aku duduk dan terus menangis . Masa tu suami aku lah tukang pujuk aku dan untuk berhentikan aku menangis , dia cakap ada kakak ni tengok je aku menangis . Tapi aku ? lagi menangis ....Cuma tak lah macam memula tu . 😭

Kami balik rumah dulu , masa kat rumah pun aku sambung menangis . Tak tahu nak gambar kan dengan kata2 , apa yang aku rasakan saat tu . Bila mak mentua aku balik , kami terus ke hospital . Masa tu semua diam je dalam kereta . Aku ? aku masih lagi dibuai dengan rasa takut .πŸ˜”

Sampai je hospital , terus suami bagi surat refer td kat kuanter . Memula nurse tanya juga kenapa datang sini ? Kenapa tak pergi hospital ampang ? Kami cakap rumah mak ada dekat2 sini . Jadi  nurse tu pun diam dan suh masuk dalam bagi kat kuanter dalam . 

Masa tu suami atau penjaga dibenarkan duduk bersama dengan pesakit hanya dekat tempat menunggu je . Bila nama aku kena panggil , aku kena masuk sorang . Jadi masa tu aku memang kena lalui sorang2 . Apa yang jadi semua aku kena sorang . Umm masa tu dekat bibir dan dalam hati , berdoa minta anak aku ada dalam rahim bukan luar rahim .πŸ˜‡ Sedih dan takut sangat , kalau harapan kali ini pun sama macam sebelum ni . Aku doa n zikir sambil usap2 perut . " masa tu taktau la kalau ada org nampak ke tak, harap tak "

Bila tiba giliran aku untuk jumpa doktor . Aku pun masuk dengan pelbagai perasaan . Doktor perempuan tu suruh aku baring . Dan dia mula scan dari bawah . Masa tu sumpah demi allah , perasaan excited aku hilang entah kemana . Hanya yang tinggal , adalah perasaan takut semata . 
Aku masih lagi zikir nabi yunus . Tak lama kemudian ," doktor cakap ni baby awak, ni jantung dia " . Aku ? dengan sepantas kilat , aku pusing kepala  dan donggak tengok komputer scan tu . Perasaan ? Masa tu aku terlampau bersyukur . Sampai da bertakung air mata . "Allah terima kasih atas rezeki zuriat ini kepada kami " 😍 . Masa keluar2 je terus cari suami . Bila nampak je suami , aku buat muka ala2 sedih . Bila dia pun suara mcm sedih terus aku tunjuk gambar scan tadi . Alhamdulilah .

Dipendekkan cerita , aku lalui dari aku tak rasa baby gerak2 sampai la aku dapat rasa kebahagian , ada nyawa yang bergerak2 dalam perut aku . Walaupun gerakkan dia memula pelahan sampai ke gerakkan yang kuat , aku tak jemu tarik tangan suami aku utk rasakan juga . Hahaha πŸ’–
Setiap kali ada checkup dan kena scan , kami terlalu excited nak tengok perkembangan baby . Awal juga kami beli baju dan barang2 baby .Sebab tahun 2020 ni tahun virus covid . Kena pkp tak dapat keluar rumah . Kalau keluar pun kena ada hal penting , baru boleh keluar . Tapi alhmdulilah , pkp tak lama . Dalam berapa bulan je . Tapi virus masih belum hilang . Dan semua org kena sop , Kena pakai penutup mulut kalau keluar .Dan selalu jaga kebersihan .

Ehh ..., da pasal lain pula aku cerita . hee πŸ˜… Pengalaman mengandung memang seronok . Walaupun aku banyak kali kehospital . Sebab asyk rasa sakit yang tak mampu aku nak tahan . Alhamdulilah , baby sihat je .Walaupun umi dia rasa macam2 kesakitan . Setiap kali sakit , doktor akan cakap rahim/baby nak membesar , jadi dia menekan tulang2 . Setiap kali aku mendengar degupan jantung baby dekat hospital atau baca cerita mak2 yang da dengar degupan jantung baby masing2 , aku pun nak dengar juga . Excited sungguh , boleh dikatakan banyak kali juga aku tanya soalan "berapa week nurse akan bg kita dengar degupan jantung baby?"  Tak kisah la , dekat nurse /doktor atau dekat app dan group ws yang aku masuk . Semua aku nak tanya 😝 Bila memula dapat dengar degupan jantung baby . Aku gembira sangat2 , setiap kali juga lah aku 
record bagi kat suami . 

Due aku patutnya 29/6/2020 .Kalau takda tanda aku kena induce 28/6/2020 sebab aku ada gdm .
Tapi baby nak keluar awal . 21/6/2020  tengah syok dibuai mimpi "tidur mengiring" . Tetiba aku tersedar dan rasa macam dekat **** ada air . Jadi aku kejut suami , bila suami aku bangun dia tanya kenapa . Aku cakap lah yang aku rasa macam ada air keluar . Suami pun suh tidur telentang sebab dia nak tengok . Bila da terlentang tu , air ketumban yang keluar tersangat la banyak . HUHU πŸ˜‚ Suami aku terjerit sikit , terus dia suh aku pergi tandas .Bila buka je pintu terus mak mentua aku pun buka pintu . Jadi aku pun bersihkan badan apa semua . Pukul 5pagi kod masa tu , sebab aku tak tengok jam langsong . Siap2 terus otw pergi hospital . Sebaik aku da packing semua barang2 yang nak bawa ke hospital .


Dipendekkan lagi , aku takda rezeki nak bersalin normal . Aku kena emergency czer , sebab bukann aku masih 4cm dan air ketumban da nak kering  . Walaupun da masuk drip dan rasa kontraksi yang tersangat dasyat "10pm-5am" πŸ˜” Tetap aku takda rezeki nak normal . Jadi nak  tak terima jela perut nak kena belah . "sapa je tak sedih , orang gila pun taknak lah kena belah perut" Tepat 8.30am keluar buah hati yang ditunggu2 , Muhammad Faris Iskandar Bin Muhammad Danial Harris . 


Ps : nak baca full punya cerita masa nak keluarkan babyfaris . Dekat instagram ada . Kod2 rajin baca lah kat situ . Kita malas nak story balik . Apa2 pun , andai ada rezeki siti hawa binti hasni ni mengandung lagi . Doakan saya dapat merasa bersalin normal untuk anak2 kami yang seterusnya . aamiin . 

"Gambar scan dari bawah . Dan pertama kali aku melihat si jantung hati"

"Masa ni lepas buat upt test dan tengah tunggu mak mentua balik bawa prgi klinik . Jadi tersangat terserlah kegembiraan aku "

"inilah keluarga kecil kami. Dulu berdua , sekarang bertiga ☺️ . In sha allah kalau ada rezeki lagi berempat dan seterusnyaa 🀭"








Older Post | Newer Post