Entry About Linkies Follow


Buku Tamu


Nyawa pertama ku
Saturday, 19 December 2020 | 03:32 | 0 Komen Anda
                                     

Rasa macam nak kongsi sedikit , dari pertama kali tahu mengandung sampai la dari pertama kali diri ini bergelar umi . Mungkin cerita ni agak , macam2 perasaan ada . Tapi Demi Allah , aku bersyukur sesungguhnya atas kurniaan ini .

Sebelum tahu mengandung . Aku demam dalam berapa hari . Tak fikir bebukan pun . Sebab masa tu , mmg aku selalu juga buat upt dan opk *ada cerita sebelum ni* . Jadi dipendekkan cerita , lepas aku tahu aku mengandung . Confirm je dengan doktor . Mula la fasa2 mual aku datang 🤣  

Tapi alhmdulilah juga . Sebab aku kena dalam fasa tu . Tak la seteruk mana , kekdang je kena . Tapi kann .., walaupun kekadang . Sekali kena tu azab . Aku pernah muntah sampai takda benda nak keluar da dan pernah juga muntah hijau . Haa kalau yang ni , pahit gila rasa dia 😅 Tekak perut sakit sangat setiap kali muntah. Jd masa ni , aku ada juga mengeluh . Cuma bukan la , yang mengeluh teruk sangat . Aku hanya berharap fasa ni cepat hilang . 

Lama juga aku lalui fasa ni . Tak ingat sampai berapa bulan . Tahu2 je dia hilang dengan sendiri . Lepas tu aku ceria macam sebelum2 ni . Banyak juga aku tanya2 semua orang . Kira aku kumpul maklumat siap2 .

3bulan , untuk pertama kali aku dapat scan melalui atas perut *Seblum ni ada cerita psl scan melalui bawah* . Dan pertama kali dalam hidup aku . Aku melihat baby aku bergerak2 . Sungguh aktif sangat dia masa tu 😍🥰  Alhmdulilah , cukup sifat semuanya . Sayangnya masa tu suami takda . Sbb aku kat melaka , suami kerja  . Doktor hanya tunjuk organ2 penting baby . Tapi untuk dengar denyutan jantung masih belum . Sedangkan dari awal lagi , aku menantikan saat tu . *Tak sabar woii, haha*  . Jadi bila aku balik je Selangor balik . Suami dapat tengok baby kami melalui scan 😍 Kalau klinik kerajaan kdg2 je scan . Jd tu pun alhmdulilah . Dapat klinik staf2 dia semua okay .

Bila mula masuk 4 bulan , aku taktau adakah aku terlampau berharap atau apa pun taktau la . Tapi masa ni , aku da macam dapat rasa dia . Rasa dia macam angin2 lalu je dalam perut . Aku tanya orang , ada yang kata perasaan aku je . Tapi setiap kali aku rasa macam tu . Tangan suami lah yang aku rajin tarik letak kat perut . Dan suami aku cakap dia rasa . Emm  enth betul enth tak 😅 Sebab encik suami kita dlm fasa2 ni dia jaga hati kita sangat . Dan masa ni juga aku da dapat dengar denyutan jantung baby . Syukur sangat setiap kali dia berbnyi dan normal aku gembira . Alhmdulilah .

Dipendekkan cerita, masuk pula 5-8 bulan. Aku mula rasa sakit2 . Yang kadang rasa tak tertanggung . Sampai banyak kali aku pergi hospital utk check keadaan baby . Tapi setiap kali pergi , doktor akan bagitahu *badan awak kecik dan ini anak pertama . Setiap kali baby nak membesar . dia akan tolak tulang2 awak , itu sbb awak sakit ". Yaa jawapan ia tetap sama tapi takpa , aku bersyukur dan aku dapat jawapan yang anak aku takda apa2 . Da buat hati aku tenang . Dari aku sakit sangat2 . Tetiba je jadi okay . Sebab apa ? sebab tahu anak aku okay kat dalam . *mak2 macam ni lah , cuba tanya mak korg * Dan masa ni juga anak bijak ni selalu keras kat dalam . Jadi kdg senget la perut aku kiri atau kanan . Keras je kawasan tu menonjol . Entah apa la dia buat eh ? haha 🤣 Dia buat macam tu sakit tau . Bukan tak ye . Tapi setiap kali anak bijak ni buat mcm tu , aku dan suami usap2 tempat dia keras tu sambil cakap umi sakit . Haa lelama dia lembut , jd la bulat macam biasa . Belum part kiraan gerakkan da cukup . Tetiba malam ke pagi dia tk gerak . Hati ni tak usah cakap , risau dia lain macam . Tapi suami selalu ckp dia tidur tu atau cuba makan apa2 . Msti dia gerak2 . Apa2 pun alhmdulilah , baby sihat je 🥰

Malam sebelum faris pecahkan air ketumban . Malam tu sempat aku record dia gerak2 dalam tu . Aktif sungguh tauu . Enth apa la dia buat agaknya . Mungkin tengah kemas kod 🤣 ahaha . *cerita pasal ni da ada , jd baca situ je * . 

Bila lahirnya Muhammad Faris Iskandar ni . Bermulalah kisah menjadi UmiBaba untuk anak sendiri .  Aku czer jadi bermalam la aku dihospital utk 3 hari 2 malam . *ehh da macam hotel pula eh ?*  . Hari pertama , semua indah2 belaka . Amik gambar semua . Relax2 tengok jiran katil sebelah . Tapi Hari kedua adalah kenangan trauma aku dihospital . Sebelum ada yang tunding jari . Aku nak habak siap2 , aku da cuba berkali2 . Dan ada nurse2 kat wad tu shift apa enth tolong aku . Dan terbukti susu aku masa tu memang segan2 sungguh nak keluar . Jd setiap kali aku cuba , anak aku hisap tapi tak lama lepas tu dia menangis .  Sebelum ni masa aku tenang setenangnya  , nurse2 kat situ yang bagi susu . Tapi enth la , aku pun taktau nak cakap apa . Yang aku tahu ,aku  turut bersama menangis dgn anak aku . Merayu minta susu dari pukul 6ptg sampai la pukul 7pagi . Esok tu baru anak aku minum susu woii . Aku taktau la , nurse yg shift tu hati apa . Walaupun ada yang suku dari shift malam tu ke shift esok nya , ot la tu . Aku call suami menangis2 , cerita kat mak mentua . Tapi yela , dorg semua kat rumah . 

Sedih , kecewa , marah kan diri sendiri , cemburu . Semua dalam satu . Aku sungguh cemburu dekat jiran katil sebelah . Banyak sangat susu dia . Rezeki anak dia . Emm Aku masa tu rasa macam tak guna jadi sorang mak . Rasa yang macam2 . Anak aku menangis2 dari ada suara sampai takda , penat terus tidur . Tapi kejap2 bangun sambung menangis . Masa tu aku mcm nak lari je . Dan aku berharap sangat esok tu aku betul2 balik . Aku tak tidur 1 hari dengan emosi tak tentu 🙃 Esok tu dapat balik , bahagianya allah yang tahu 

Tapi esoknya anak aku ada kuning tinggi sikit . Jd aku kena masuk skali wad dengan anak aku . Masa tahu tu je , aku da menangis dalam klinik . Sebab taknak prgi . Balik dari klinik sambung menangis lagi . Sampai suami aku siap call hospital . Dan nurse kat situ bagitau dorg mmg sediakan susu . Jd masa tu aku pergi dan iaa , aku sungguh gembira dekat wad tu . 🥰 Dekat wad tu juga , buat pertama kalinya aku dapat susu bdan sendiri melalui pam elektrik . 5ml pun aku da bersyukur sangat wehh . Sampai jiran2 katil dekat aku tu , pun suka sekali . *rindu pula kat akk2 tu, tp tak ingt nama no pun tkda*

Esok tu keluar hospital . Bermula la kejap2 pergi klinik check kuning . Alhmdulilah . tak lama lepas tu faris bebas dari demam kuning .
Kadang aku rasa macam nak anak aku masuk dalam perut balik . Agar aku dapat rehat dan buat apa2 dengan tenang . Tapi dalam masa yang sama . Aku bersyukur sebab dia da lahir da . kalau dalam perut , aku susah nak tahu keadaan dia dalam tu . Bila dia da ada depan mata . Kalau apa2 jadi aku tahu nak kena buat apa . 


Walaupun cerita ni ada manis ada pahit ada kelam . Aku gembira , aku bersyukur atas kurniaan ini ya allah . Buat faris , umi sentiasa sayangkan faris selamanya . Umi nak faris tahu , bukan mudah utk seorang wanita hadapi sesuatu . Tpi disebabkan sesorg anak , dia sanggup melakukan apa2 pun . Walaupun dirinya kadang tak mampu . Untuk memberi masa rehat , tidur , makan bukan mudah . Disebabkan awak istimewa lah kami abaikan semua . Maafkan umi andai umi kdg mengeluh marah , hanya nak awak tahu . Umi manusia biasa yang tengah mencuba utk menjadi yang terbaik buat kalian .




Older Post | Newer Post