Entry About Linkies Follow


Buku Tamu


Rakam kenangan ?
Thursday, 28 January 2021 | 06:52 | 0 Komen Anda
                                 

Kalau boleh mata ni dijadikan phone untuk record setiap detik demi detik . Aku pasti akan buat . Untuk apa ? Untuk merakam setiap detik yang aku terlepas untuk merakam . Iya , Memang mata yang allah kurniakan ini adalah umpama phone atau pun kamera . Otak adalah hard disk untuk simpan semua kenangan . Tapi bagi aku , aku nak ia boleh dimainkan semula . Dan mata yang allah kurniakan ni dapat melihat lagi dan lagi .

Andai satu masa aku da tua dan lupa . Aku mahu setiap yang aku lupa tu dilihat semula . Seperti aku berada lagi disituasi itu . Tapi hakikatnya tidak ada . Hanya kenangan yang tersimpan dibenak fikiran untuk kesemua kenangan yang tak sempat dirakam . *cehh wahh ayat , hahhaa tapi semua tu betul ok*

Sebenarnya kalau boleh , aku nak rakam momen dari zaman aku kanak2 lagi . Dengan sapa aku bermain , tempat kat mana dan permainan apa . Yang aku masih ingat pun pada usia aku untuk tahun 2020 ni  . Masa aku kanak2 aku ada ramai juga kawan . Yang selalu aku kawan , "along, angah, hawa ,siti ,ayu dan ada dua org kakak tu *aku lupa aku pggl dia apa*. Tak perlu hairan , memang kawan aku ada nama untuk nama penuh aku . Sebenarnya along n angah tu adik beradik , dorang bukan duduk situ pun . Waktu cuti sekolah je dapat jumpa .Hawa n siti tu pula pun adik beradik . Cuma yang lain tu je bukan . Aku dulu memang selalu main dgn 4pasangan adik beradik ni . Yang lain tu kdg2 je main . Biasa la , aku duduk kg kan . Tapi taktau la kalau budak bandar . Kami main masak2 dan kahwin2  . Kadang aku jadi pengantin kadang aku jadi anak 🀣

Bila main masak2 , aku suka cari daun n bunga yang boleh keluarkan jeley . Kalau main masak2 tempat selalu kami pilih depan rumah jiran *sebelah rumah nenek aku*  . Jiran tu okay je , aku taktau kenapa depan rumah dia ada batu . Jadi kat situ la tempat kami main masak2 atau pun lepak . Kuali periuk sudip semua kami amik dari barang terbuang tp ada juga yg amik senyap2 mak ke nenek punya 🀣
Pernah juga balik masa maghrib , jadi nenek aku tak bagi masuk rumah . Berdondang sayang la aku depan pintu . *lupa sapa bg masuk* . Kami juga suka main2 belakang rumah nenek aku atau belakang rumah dorg . kalau belakang rumah nenek aku ada pokok asam jawa . Besar sangat , jadi kami main bawa tu je .

Pernah juga aku main sorang2 , aku dulu jahat sikit πŸ˜” Macam suka dera haiwan . Tapi alhmdulilah . Walaupun macam2 jenis aku jumpa labah2 . Takda 1 pun yang gigit . *apa fikir nak jadi spiderwoman*  . Aku suka tekan ke macam mana enth . Untuk keluarkan yang dia punya buat sarang tu . πŸ˜… Katak aku suka berborak dan iya aku pun taktau . Katak pun macam2 jenis aku jumpa . Yang paling aku suka , dulu tepi rumah nenek ada kelip2 . Banyak sangat kelip2 . Tapi aku yang budak terlebih pandai ni , tangkap dan letak kelip2 tu dalam botol gula2 . * tak silap aku botol cola2 , dalam tu serbuk gula2* . Tapi sekarang takda da .Rinduu sangat waktu tu .  Aku ni boleh dikatakan nakal tapi penyayang la juga dengan haiwan . Pernah banyak kali aku menangis sebabkan cicak mati atau haiwan apa2 yang aku jumpa sakit / matiπŸ˜‚ Siap tanam tauu kalau da mati tu . Sampai la aku tahu , yang bunuh cicak tu dapat pahala . Baru lah aku tak kisah da pasal cicak .

Ada satu kisah agak jahat la juga tapi niat aku baik sebenarnya . Macam ni cerita dia , aku dulu selalu nampak n dengar nenek cakap dekat ami moli * pakcik* . kalau sakit kepala / selsema sapu la minyak cap kapak . Jadi ada haritu , aku nampak kucing aku terseksa dengan selsema . Aku jadi kesian sgt dekat dia . Niat aku n fikiran budak2 aku ni . Aku pun sapu minyak cap kapak tu dekat hidung kucing . Emm larikk litang pukang kucing aku tu . Semua dia redah , sampai2 masuk dalam paya πŸ˜”πŸ˜‚ . Nenek aku tangkap kod kucing tu , sambil cakap sapa la letak minyak cap kapak dekat kucing ni . Aku takut , jadi aku sorok je masa tu . Diam sampai sekarang nenek aku taktau . emm tapi yang aku pasti kucing tu tak mati disebabkan tu . Harap kucing tu faham akan niat aku yang sebenar , walaupun lagi menyeksakan dia . huhuhu . emm πŸ˜”πŸ₯Ί

Dulu mak ayah aku bercerai tapi alhmdulilah . Mereka kahwin balik . Masa tengah bercerai tu . Ayah selalu datang rumah nenek . Kira nak melawat aku n sambil nak amik hati mak balik πŸ₯° Dann setiap kali ayah sorang @ bawa aina datang ke rumah tu . Mesti aku akan menyorok . Tempat yang yang selalu aku sorok belakang pintu dan bawah meja makan 🀭🀣 Aku taktau la kenapa . Tapi yang aku tahu , mak dulu pernah pesan . Kalau jumpa org tak kenal lari , jangan layan . Mungkin itu sebab lah aku macam tu . hahahha 🀣 *Sampai sekarang kalau ckp psl ni , ayah akan ckp aku nyet2 πŸ™Š*

Sampai la 1 ketika , aku da mula sesuai dengan ayah dan aina . Aku ikut ayah balik rumah yang aku membesar dari umur 7 tahun sampai la 23 tahun . Peristiwa dekat sini aku tak ingat banyak . Yang aku tahu pun sebab ada gambar yang diambil . " aku makan roti canai dekat kedai tok cu , main buaian tepi rumah nenek lama , duduk atas pangku ayah dgn aina sambil tengok kereta api , makan buah buahan , dan ayah bawa pergi kelebang main taman permainan "  . Ia itulah kenangan melalui gambar . Aku tak ingat langsung kenangan ketika tu .

Dulu ayah selalu tiup kan air yang tengah panas dalam piring kaca kecil . Bila da sejuk dia akan bagi aku atau aina minum air tu . #rinduu πŸ€“

Bila kat rumah ayah pula , aku kebanyakkan berkawan dengan yang ada kena mengena dalam keluarga besar . Kira sedarah la . Bila kat rumah ayah , bukan petang lepas balik sekolah je main . Sampai malam pun kami main . Selalunya bila petang2 kami akan main "susun tin/kasut , main guli , main rounders , main kad , main cop2 tiang , basikal , aiou stop , main sorok2 tu semestinya tp kadang malam pun ada " . Dan malam pula main galah panjang , main bakar surat kahbar lepas tu tengok dia terbang dan menyanyi.  Ada sekali tu , aku dan aina"akk main tangkap rama2 . Lepas tangkap letak dalam botol . Tak ingat da macam mana kami tangkap . Masa tu banyak sangat rama2 tepi rumah makcik . Jadi kami la yg membunuhnya . Bila kawan*sedarebau2bacang* tegur , baru la kami lepaskan . Dan yang paling best sekali , setiap bulan akan ada permainan baru . Kira macam musim buah pula eh 🀣 . Contoh bulan 1 , layang2 . Semua budak2 dalam kg main tu je . Bulan 2 gasing dan bulan2 yang seterusnya akan berubah permainan dia . Dulu selalu setiap kali balik sekolah , jiran dalam kg ada pokok buah gajus . Jadi arwah nnek tu selalu bg buah tu . Yang buah dia aku akan selalu bagi mak tapi biji kat luar tu aku punya 🀩 Aku akan duduk tepi rumah , amik batu apa semua dan bakar biji tu . Bila da nampak hangus . Aku akan amik batu ke apa2 untuk pecahkan dia . Jadi bila da pecah aku makan isi dia . Ya allah nikmat dia lain macam . fresh sangat2 rasa dia . Lain dari dalam pek2 yang jual kat kedai .

Kami juga pernah main masak2 guna bahan masak yang betul . Selalunya masak telur . Telur nya sebiji tapi kongsi ramai . 🀣 Setiap sorang akan ada tugas . Contoh , sorg kuali , minyak masak , telur , sudip dan kuali .  Api ? Kita buat sama2 la okay . Hahaha macam tu la dulu . Ingat lagi , masa nak belajar bawa basikal . Aku guna basikal aina curi2 . Sebab basikal aina kecik . Jadi senang aku nak belajar . Dari situ la aku pandai bawa basikal . Emm sebenarnya terlebih pandai , sebab aku lepaskn tangan . Acah pro2 gitu πŸ€“ hahaha
Masa aku mula2 belajar baca n pandai baca . Dan nak sangat tengok balik , bila aku rajin belajar utk upsr 😁

Dulu sebelum ayah ada kereta . Kami akan balik kampung naik bas . Selalu akan balik , mak , aku dan aina . Ayah kerja jd kami bertiga jela balik . Amad taufik ? Masa tu mereka belum ada lagi 😁 Seronok sgt . Bas bukan terus ke kampung , dia akan berhenti 1 tempat lain dan kami kena naik bas lain . Kira kena naik 2 bas baru sampai kampung . Bas pertama mesti akan ke tampin . Jadi masa kat tampin , ada kedai kecil . Kat situ la aku dengan aina beli keropok / air dan kadang mainan pun ada . 

Pernah sekali tu , masa ni aku dengan mak je balik kampung . Tengah2 bas bergerak . Arwah ami jan tahan bas dan naik bas tu . Aku tengok je dia , tetiba ami bagi aku phone . Bila ami bagi je dia turun balik dr bas . 

Aku dengan aina selalu main sama2 . Walaupun hakikatnya banyak kali juga bergaduh 🀣 Well budak2 kann . Aku ingt lagi , ayah dan mak belikan kami anak patung . Kira set sebenarnya *sorg satu .  Anak patung tu Ada 6 . Siap ada meja , pingan ,sudu dan lain2 . Yang membezakan aku dengan aina ialah , aina punya set patung tu ada kek hari jadi . Bila aina punya ada kek tu , aina pun konon2 buat birthday party utk anak2 dia yg 6 orang tu . Hahaha . Jd aku pun datang bersama 6 orang anak juga . hahahaha

Skip bab tu . Aku kalau main sesorang anak patung . Siap aku buatkan baju dorg . Kalau la tips2 kat youtube dulu tu wujud . Mesti cantik aku buat . 

Kenangan ayah yang dulu garang sgt2 . Aku , aina n yunus*abg spupu* . Dulu  ayah suruh kami hafal setiap bacaan . Dan setiap sorang akan bacakan tu dalam bilik * yang skrng jd bilik aku πŸ˜…. Sapa yang tak dapat hafal , dalam bilik tu penentuan dia . Kena pukul kena rotan atau pun tali pinggang πŸ₯Ί . Tipu la kalau tak pernah kena . Sakit kita awakkk 😭


Abis bab tu . Banyak lagi tapi takpa la , cukup takat tu dulu








Older Post | Newer Post