Rasanya da lama tak buat coretan . Masa zaman hot blogger , rajin la bercerita.
Tapi ada je rasanya aku cerita . Selepas berapa tahun . Tahun ke ?Sebenarnya ..., agak kekok bila da lama tak menaip dan cerita ni . Sampai aku merapu yang bukan2 .
Bila da tua ni . Rasa mcm tak seronok untuk aku cerita .Sedangkan sebelum ni aku yang beria nak beli laptop dan ada anggan2 untuk bercerita lagi . Enth lah , rasa pelik kenapa bila da meningkat usia . Rasa tak seronok bila kita da dapat apa yang kita nak. Bukan tak seronok tau , dia macam seronok kejap je .
Rasa macam sedih , bila .... Emm aku pun tak tau nak cakap macam mana . Yang pasti hati aku ni rasa sedihh . Bila hakikatnya aku da makin tua . Makayah lagi makin tua ..😢 . Rasa macam tak puas jadi budak2 . Senang cerita , aku nak ulang balik masa . Zaman aku budak , remaja , masa abis sekolah dan macam2 lagii .. Aku bukan tak nikmati zaman budak2 . Cuma ada sesetengah tu aku menyesal . Aku menyesal tak amik tahu nama kekawan2 aku yang betul (tahu nama gelaran je) , aku menyesal tak borak2 dengan arwah ami jan dan nenek pasal kenangan dorang waktu kecik atau apa2 je . (yang ni , aku baru sedar bila suami aku cerita kenangan dia dgn nnek dia msa dia kecik) . Aku waktu tu , asyik keluar pergi main je . Da meningkat remaja , asyik phone . Sekolah ? Aku rindu suasana sekolah . Tu sebab kalau aku balik melaka , aku selalu cakap nikmati zaman sekolah dekat adik2 aku atau anak sedara . Kalau aku ceritakan semua .. da macam aku buka aib aku sendiri . Walaupun ia bukanlah aib .. Cuma aku rinduu ...
Semoga aku dapat buatkan mak ayah bahagia dengan sesuatu yang aku sendiri taktau . aamiin ya rabbal alamin .