Selalu bila tak duduk depan laptop , memang banyak je ayat2 yang bermain difikiran . Tapi bila da duduk depan2 ni . Enth mana la ayat2 yang bermain diminda tu . Hmm , dipendekkan ayat yang nak merapu tapi tak ingat . Jadi aku ceritakan la benda yang sebetulnya .
Rancangan awal nak balik melaka 31/12 , pagi dalam pukul berapa macam tu terus dari rumah Uk terus ke Melaka . Tapi ditakdirkan , hari jumaat dapat ws dari ayah kandung suami . Bait2 ayat ws berbunyi " Ayah saya telah meninggal dunia" . Lebih kurang macam tulah ayat dia .. Aku ? Mestilah gelabah , cemas .. Ehh bermacam lah rasa .. Sebab lain macam ayah mentua aku ni , betul2 ke bergurau . Kenapa aku jadi mcm tu ? Sebab ayah mentua kita suka gurau2 mcm ni . Aku balas ws tu , Tanya betul2 ke memain ni . 😕 Sambil nak tunggu ayah mentua balas , Aku nak pergi ke suami untuk check phone dia . Ehh belum sempat check .., phone aku yang rington lagu pikacu tu bising memekik . Dengan tak semena suami aku pun bangun . Aku terus cakap berkenaan ws tu . Didapati suami dapat call dr adik dia . Lagi la cemas .., Aku terus call ayah mentua .. Dia yang jawab .. Serius aku marah , aku cakap ayah memain la . Dan dipendekkan cerita .., Atuk tiri suami yang meninggal dunia .
Jadi balik la kami 29/12 awal dr rancangan kami . Memandangkan suami memang cuti hari jumaat , dan ada kematian . Terus la tutup mata hari sabtu tu , aggp jela cuti jugaa .
Sebenarnya bukan lah nak cerita pasal ni .. Tapi nak cerita berkenaan anak soleh kami .. Jumaat dr sampai memang dekat kampung . Petang ke mydin bagi faris main indoor playground . Dalam pukul 7 tepat sampai rumah kampung balik dan malam dalam pukul 11 lebih ke kg morten utk makan2 . Pukul 1 baru balik ke rumah Ayah mentua . Kira tidur sana sampai la hari ahad .
Dipendekkan cerita sabtu 30/12 pagi . Si anak soleh main dengan kucing . Entah macam mana faris kena cakar dengan kucing . Fikir benda normal je , sapu la losyen . Nampak elok macam biasa .. Ahad dalam pukul 11pagi gerak balik rumah ayah aku, eleok macam biasa je faris . Tapi Bila Ahad malam (31/12) dalam pukul 12am . Aku baru terperasan tapak kaki dan tapak tangan faris merah yang tersangat merah . Nak dikatakan bengkak pun iya , sebab merah gila . Pastu ada biji2 .
Rasa tertanya da mula ada . Macam mana boleh jadi , Kenapa dan mengapa . Tanya faris dia cakap tak sakit . Memang nampak dia main2 je sambil lompat, lari2 semua . Tapi tak sangka apa yang aku risau tu jadi bila aku terjaga dr tidur pukul 5am macam tu (isnin 1/1/2024 ). Badan faris da mula panas , aku check juga pampers , rasa penuh . Ingat nak tukar je , Sekali nampak banyak bintik2 merah dikaki , betis . Ehh semua laa . Masa ni bintik2 merah tu takda la nampak teruk sangat . Sebab dia kecik2 je dan tak banyak .
Dalam pukul berapa macam tu , suami aku bawa faris keluar dan cakap faris demam n banyak bintik .Tak sangka bintik2 tu jadi banyak sangat2 . Dan suami ajak pergi klinik . Yaa masa tu tahun baru , klinik kerajaan memang takda la kan ? pergi la kami ke klinik swasta (klinik sofea) . Dipendekkan cerita lagi , Dr cakap faris bukan sakit hfmd (alhamdulilah) Tapi Dr tak dapat pastikan dia sakit apa .Sakit sebab campak / memang alergik (cakar kucing). Dan Dr suh pergi klinik atau hospital kerajaan untuk amik darah (pastikan sakit apa) .
Balik je rumah ayah , memang semua tanya2 kenapa itu ini dan sakit apa . Kami sendiri pun tak dapat bagi jawapan . Sebab yela , Dr pun taktau . Yang pasti niat faris nak balik melaka , nak main dengan kawan tak kesampaian (sian anak umi ) Faris kena kuarintin . Walaupun faris larat nak berjalan , dia jalan tak normal (jalan jongket) . Mood nak bermain tak berapa sangat . Nak tahu benda yang paling merisaukan ? Ialah semua orang tak pernah jumpa sakit yang mcm ni . Bintik2 dia macam bergabung menjadi besar . Banyakk sangat 😠Sejujurnya aku tak kuat , asal nampak video atau gambar dia masa sihat , aku nangis .
2/1/2024 sebelum balik rumah uk , kami ke klinik kerajaan . Niat memang nak buat ujian darah . Kami fikir kejap je dapat keputusan . Rupanya lama .. Jadi pada saat ni , kami masih lagi menunggu keputusan darah faris . Alhmdulilah , merah2 diseluruh tubuh badan faris makin beransur pulih . Semoga betul2 hilang sepenuhnya . Aamiin aamiin yarabbal alamin . Demam ? Demam faris on off . Risau juga , Tapi dalam risau rasa lega . Sebab ada juga la perubahan daripada tkda kan .
Hakitkat sebnar aku menyesal marah2 dia bila dia sihat . Ada je benda yang nak marah . Tapi bila dia macam ni , Allah je tahu betapa aku rinduu anak aku .
Ujian begini pun aku rasa tak mampu untuk kuat . Inikan kalau ujian yang lain .. Hmm semoga dijauhkan . Aamiin2 yarabbal alamin ..
Umi nak faris tahu , umi sayang faris sgt2 . Marah umi bukan sebab suka2 tapi nak ajar faris dari usia faris sekarang apa makna salah dan betul .
2/1 lpas balik klinik kerajaan . Tengah siap2 nak balik rumah uk . Masa ni faris menangis sebab taknak pakai ubat . Dari gambar kalau tengok dengan teliti , boleh nampak betapa merahnya tapak tangan faris . Dan iya , sama juga merah ditapak kaki . Bayangkan memula merah dekat tapak dua2 anggota badan tu je . Tetiba je boleh kena macam ni . Hmm