37minggu5hari (8.01.2026) .
Masa begitu sangat pantas . Enth kenapa kali ni mengandung aku rasa macam cepat sangat masa tu berlalu . Mungkin masa mengandung kali ni aku mengasuh . Jadi aku lagi tak sabar untuk behenti mengasuh (tak larat) . Kira aku mengasuh sampai bulan 11 je . Bulan 12 aku tak mengasuh da sebab kalau ikutkan , pertengahan bulan 12 aku da 9bulan . Jadi aku tak nak amik risiko apa2 . Memandangkan aku memang tak larat da . Memula bila sampai bulan 12 , agak serba salah juga dibuatnya . Mana nak dapat duit tambahan kalau aku tak mengasuh kan . Sebelum aku tahu , aku mengandung. 1hari tu , perut aku keras sangat . Dia macam tegang . Memang buat aku tak selesa langsung . Memang terdetik kat hati , aku mengandung ke ? Tapi masa tu period aku pun belum lepas lagi . Kira lagi berapa hari nak period aku rasa . Aku tak chck upt pun masa tu . Tapi kann esok hari pun aku masih lagi sakit perut , jadi aku pun chck upt . Hahaha . Tahu2 naik 2 line yang sangat2 kabur . Nampak tak nampak je line test tu . Bila da berjam baru la nampak pekat upt tu 🤣 Aku excited yaa , nak pergi scan dekat klinik swasta . Sebab Kali ni pengalaman aku kena buka buku pink 12minggu . Jadi penantian tu sungguh lama . Yela sebelum ni , aku datang je terus boleh buka buku . Tempat lain , jadi kena la ikut peraturan sini . Masa tu 6minggu pergi klinik Azhar Dan rakan2 . Masa tu pergi bawa la sekali anak asuhan aku yg perempuan Marissa . 🤣 Abg dia tak datang masa ni . Aku sorg je masuk bilik scan tu . Masa scan , tak nampak apa2 pun . Kantung pun tak nampak . Aku sedapkan hati je , mungkin perut aku tebal sangat . Tu yang tak nampak . Doktor tu suh aku datang balik lagi 2 minggu . Tapi aku tak datang pun . Sebab da masa ak nak buka buku juga .
Masa pertama kali scan dekat kk . Faris dapat tengok adik baby dia . Walaupun masa tu tempat scan kabur2 je nampak . Dengar degupan jantung pun pelahan sangat . Alahan Kali ni hanya malam sahaja . Siang pun hanya 3 hari je . Tu pun tak lama . Nanti aku letak ss Dari apa yang aku tulis
Ohh ya sebelum terlupa . Mengandung kali ni pun aku sangkut gdm on diet ya . Kau tahu masa seminggu lepas aku minum air gula . Aku punyalah gembira sebab tak dapat langsung call dari kk . Tapi siapa sangka , bila aku chck up ... Tetiba nurse bagitau " siti hawa awak sangkut gdm tau , result darah terselit dalam buku . Jadi nurse baru nampak kertas ni" . Aku masa tu ? terkejut yaa . Hilang betul gembira2 aku sebelum ni . Tapi kk sini lain , bukan macam masa mengandungkan faris dulu . Aku hanya perlu google meet degan doktor utk bagitahu bacaan gula aku . Tapi tula , sekali jela aku google meet . Huhu Lepas tu da kena datang 2 minggu sekali . Sebab da 8bulan kan . Jadi redha jela . Aku pergi dengan faris naik grab .
Masa kandungan aku 32minggu . Doktor scan baby , hmm doktor bagitau perut baby kecik dari usia dia . Masa tu berat baby dalam kandungan enth berapa kilo . Tapi tick juga dekat graft dalam buku pink . Bila doktok da tick , dia cakap baby okay je . Dan dia cakap takpa , sebab minggu depan aku nak kena pergi hospital untuk reffer . (nak tahu boleh normal ke tak ). Mula la balik tu aku makan macam2 tapi yang naik beratnya aku . Baby hanya naik sikit sahaja .
Tapi sapa tahu , masa aku 34minggu aku rasa kontraksi . Sebelum ni aku pernah rasa tapi tiap kali aku pergi tandas buang air besar . Mesti akan hilang . Cuma kali ni tak hilang2 ye . Kejadian masa 5 pagi . Tapi aku sempat la tidur . Masa suami aku bangun nak siap pergi kerja , barulah aku bagitahu . Da orang tu serba salah nak pergi kerja ke tak . Dan aku pula tak pasti ni kontraksi ke tak . Yela kalau pernah baca masa aku sakit nak lahir kan faris . Kontraksi aku kan lain dan kali ni macam orang2 cakap . Siap download eh app utk pantau kontraksi tu . Dan yee app tu siap suruh pergi hospital .
Dipendekkan cerita , suami aku pun bawa aku dengan faris ke hospital dia berkerja . Tapi memandangkan kos hospital situ terlampau tinggi untuk isteri perkerja dia . Jadi aku pun ajak suami pergi hospital kerajaan je . Memandangkan juga aku memang akan kena reffer dihospital kerajaan tu (utk kes aku pernah bersalin czer dulu) .Tapi kami pergi rumah mak mentua aku dulu . Untuk jemput dia . Da jemput barulah ke hospital . Sampai hospital putrajaya , aku kena pakai ctg . Dekat ctg tu bagitau kontraksi aku memang da selalu ada dan tinggi . huhu . lepas chck ctg , aku pergi ke bilik sebelah pula utk scan . Masa scan la tahu lagi keadaan baby berat rendah .
Tapi dorang tak cakap sangat pasal berat baby . Dorang hanya risaukan aku bersalin pramatang . Doktor jelaskn kat aku dan suami , kalau aku lahirkan baby pramatang . Macam2 yaa risikonya . Aku tak sanggup nak menaip bab tu . Tapi aku tahu , baby2 pramatang kuat .Dipendekkan cerita lagi , pukul 12tghhari aku kena inject ubat yang bernama dexa . Ubat ni untuk matangkan paru2 baby andai kata baby nak lahir masa tu . Kira baby da kuat da . Um ubat dexa ni sakit sangat2 ye . Rasa macam nak terajang walaupun di inject di ontot . Menangis aku lepas kena inject tu . Dan aku kena tahan wad .
Aku kena duduk dekat lb tapi untuk pantauan sahaja . Sebelum nak pergi tu , aku keluar (kira depan pintu masuk cac) . Ada mil , faris dan suami saya . Aku menangis ye sebab takut . Takut dengan bermacam2 .Yang peliknya , masa ni kontraksi aku da takda . Bila aku masuk balik cac , akk nurse da ready nak tolak aku pergi lb . Sampai je sana , aku dapat bilik yang berdekatan dengan kuanter . Tinggal lah aku sorang2 dekat situ . Tp ada 2 nurse yang jaga aku lepas tu . sorang nurse letak tangan dia dekat perut untuk rasa baby mengeras . Katanya setiap kali baby mengeras itu adalah kontraksi . Tapi serius , aku tak rasa sakit da setiap kali baby mengeras . Alhmdulilah , aku jumpa nurse2 dan doktor yang baik sangat . Cuma sayang , aku tak jumpa dorang lepas tu .
Dalam bilik lb ni patutnya suami tak boleh masuk . Melainkan aku memang nak bersalin da . Tapi direzekikan suami aku dapat teman kejap . Memang borak2 abis lah . Siap amik gambar lagi . Nanti aku letak eh . Sebelum suami aku nak balik , siap dia pesan " jangan lupa balik ke pangkuan abg balik ye " . Chooii , aku menaip ni pun bertakung air mata . HAHA .
Dipendekkan cerita lagi , pukul 12am aku kena lagi inject dexa buat kali kedua . Tapi aku bersyukur sangat2 . Akk nurse yang inject ni buat tak sesakit semalam . Cuma aku tetap menangis yaa sambil ucap terima kasih banyak2 dekat akk tu . Terima kasih kak . Lepas inject aku kena tolak naik wad . Wad aku 2A katil 25 . Alhmdulilah , dapat kawan sebilik pun baik2 semuanya . Akak depan (katil 23) mengandung luar rahim . Jadi kena bedah utk buang .Akk ni aku tengok kuat sangat . (katil 24) anak dia songsang kod . Tapi jangan risau , dua2 ni dapat balik dulu . akk (26) dia tengah sakit nak bersalin tapi dia diam je . Tahu2 doktor chck , bukaan da 6 . Dan dia pun dapat balik bersama dengan akk2 td tu . Jadi petang dalam pukul berapa enth masuk orang baru . cuma katil depan2 jela . sebelah masa aku da nak balik baru dia masuk .
Dan hari ketiga baru lah aku dapat balik . Tu pun malam awak , aku ikutkan jela . Walaupun tahu dapat balik pagi yee . Malam pukul 9 baru aku balik . Alhmdulilah baby ikut cakap umi tak keluar masa 8 bulan . Ohh yaa sebelum terlupa lagi , ada kesan ye inject dexa tu . Bsp aku tinggi gila , tak pernah2 11.2 . Inject tu tiap kali makan memang tinggi2 .
Faris terpaksa bangun awal . Sebab umi da sakit kontraksi. Masa ni sayu je hati . Enth dapat tengok dia lagi ke tak 🥹 Dan sayur lg , aku takkan dapat peluk dia mcm gini msa dlm kreta . ( Sbb akan peluk baby)
ini lah app yang aku guna utk tahu kontraksi aku mcm mana . 🤣
masa dalam lb ( utk pantauan) . Sian suami saya , penat dia . Dari pagi sampai ke malam dia kat hospital . Semoga Allah membalas jasa2 baik suami saya Dan dibukakan pintu2 rezeki untuk nya . Aamiin 🤲🏻
masa kena masukkn jarum ni . Dua akk nurse kiri kanan (sorg tgh masukkn jarum . Sorg lg tgh psang ctg) . Kira dua2 ni tengah berborak 😂 aku jd org tengah syok mendengar cerita dorg . Huhu . Dan akk yg masukkn jarum ni lah , inject aku dexa . (17/12 - 19/12)
katil sayaaa ♥️
masa kita tunggu suami kita datang (18/12)
Balik2 kerja terus ke kita . Terima kasih abg ♥️ (nampak muka penat Dan risaunya tu) doktor tahan lagi sehari . Sebab bsp tinggi 😂 Yela semua sebab dexa tu .
Aku rasa , setakat ni sahaja lah coretan aku . Nanti aku sambung cerita 8/1/26 tu pula yee .



